Gleneagles JPMC ceriakan Aidilfitri




Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Alishahrin Haji Mumin






JERUDONG, Rabu, 8 Mei. - Syawal melabuh tirainya pada penghujungnya, namun dalam kesempatan itu Aidilfitri masih diraikan dalam suasana meriah.


Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) untuk sambutan kali meraikan sekitar 500 jemputan termasuk stafnya pada majlis yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire Hall, Jerudong Polo Club, hari ini.


Majlis diserikan dengan kedatangan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah. Juga hadir, para perwakilan asing ke negara ini, pegawai kanan kerajaan, pihak berkepentingan korporat dan juga staf Gleneagles JPMC.


Sambutan Aidilfitri kali ini juga dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay serta pihak pengurusan Gleneagles JPMC. Apa yang diharapkan adalah dengan adanya keraian sambutan seumpama itu dapat lagi memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin selain membina ukhuwah yang lain demi kepentingan bersama pada masa akan datang nanti.


Close